Tuesday 4 March 2014

UTUSAN SARAWAK "TYPO" TAHINAH



UTUSAN SARAWAK "TYPO" TAHINAH | Utusan sarawak telah mencetuskan satu kontroversi apabila TAHNIAH dieja TAHINAH .


Kesilapan tersebut menjadi lebih memalukan kerana ia ditempah oleh parti pimpinan beliau sendiri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengetuai gabungan parti di bawah Barisan Nasional (BN) di Sarawak.
Kejadian itu kini tersebar di seluruh media sosial dan boleh disifatkan sebagai kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia melibatkan satu peristiwa bersejarah di negeri Sarawak.
Sehingga kini, tidak diketahui sama ada akhbar berkenaan sudah pun memberikan kenyataan kerana kesalahan itu atau sebaliknya.
Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-tujuh pada 1 Mac lepas  di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Beliau secara rasmi memegang jawatan itu selepas Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng tamat perkhidmatannya sehari sebelum itu pada Jumaat 28 Februari.

Kalau syarikat besar tersilap eja , memamng nak kena la, semua editor.
SEKIAN.
SS.

SUMBER :MYNEWSHUB.my









No comments:

Post a Comment