Friday 28 February 2014

ISTANBUL CAMLICA MOSQUE : MASJID CENGKERANG SIPUT

Masjid Cengkerang Siput

Istanbul Camlica Mosque ialah sebuah konsep masjid moden yang dicadangkan dibina di Istanbul Turki. Ianya mampu memuatkan 30 000jemaah di dalam ruang solat sebesar 45 506 meter persegi. Masjid ini kelihatan seperti kulit kerang dan sangat berbeza dari rekaan masjid konvensional. Camlica direka oleh firma rekaan SN Architechs. Rekaan dindingnya pula dihiasi oleh corak Turki Othmaniah tradisional.






Laporan asal ArchDaily

Labah-Labah Tarantula Merupakan Makanan Kegemaran di Kemboja

Kalau anda ada peluang untuk melawat Kemboja, anda patut ke bandar Skuon untuk merasa makanan kegemaran mereka di situ. Makanan tersebut adalah labah-labah tarantula goreng yang ranggup. Menurut mereka di sini, makanan ini telah menjadi kegemaran sejak dari jajahan komunis lagi.Sebab utama labah-labah ini menjadi makanan adalah kerana proteinnya yang tinggi.










OMG : Jongkong Emas Bank Of England Bernilai RM750 Billion

Inilah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion! 

Info tambahan:

Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jonkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan.

Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London berada.

Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.

Bayangkan saja, untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang. Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih yang ada di situ.






FAIL - EFV : KENDERAAN PERANG AMFIBIA YANG GAGAL AMERIKA SYARIKAT (18 GAMBAR)

Kami gemar menonton siri TV Future Weapons di Discovery Channel. Antara senjata terkini yang dipaparkan di dalam rancangan ini ialah Expeditionary Fighthing Vehicle (EFV) yang dibangunkan untuk kegunaan askar Marin Amerika Syarikat. EFV dikatakan lebih pantas, mempunyai sistem senjata, pertahanan dan kemampuan yang lebih baik dari kenderaan amfibia yang digunakan oleh tentera marin sejak 1972. Pendek kata EFV akan menjadikan tentera Marin USA tentera marin yang paling berteknologi canggih berbanding tentera lain yang masih menggunakan kenderaan berusia 40 tahun.


Malangnya EFV kini dimasukkan kedalam buku antara kenderaan paling gagal yang dibiayai wang cukai rakyat Amerika Syarikat. Selepas membelanjakan lebih dari USD 3 billion projek ini dibatalkan pada tahun 2011. Projek ini dimulakan pada tahun 1993 selepas melihat kelemahan yang ada pada kenderaan amfibia AAV 7A1 ketika Perang Teluk Pertama. Ianya tidak cukup pantas, tidak dilengkapi senjata untuk menentang kenderaan infantri dan tidak mempunyai sistem pertahanan yang baik. Kenderaan baru perlu bagi menjamin keselamatan askar yang dibawa. 

Pada tahun 2003 EFV mula direka oleh General Dynamics. Selepas menyedari masalah serangan bom jalanan serta RPG milik "pengganas", rekaan EFV diolah semula dan prototaip hanya dihasilkan pada tahun 2010, 7 tahun selepas program dimulakan. Pada waktu ini beberapa masalah mula timbul seperti kos yang meningkat naik , kelewatan penghasilan prototaip dan kemamapuan protaip yang mengecewakan. 

EFV sepatutnya bergerak pada kelajuan 45 kilometer sejam di dalam air. Tetapi ketika percubaan dilakukan ia tidak mampu mencecah kelajuan ini. Enjin yang lebih berkuasa diletakkan tetapi ini menambah berat dan menyukarkan pengapungan pula. Apabila armor anti serangan RPG dan IED dipasang berat semakin bertambah dan kelajuan bergerak di atas darat pula berkurangan. Satu demi satu masalah baru timbul dan akhirnya selepas terlalu banyak kegagalan projek ini dihentikan pada tahun 2011. 

Program EFV yang gagal kini digantikan pula oleh program Amphibious Fighthing Vehicle pula pada tahun yang sama. Sehingga kini tiada syarikat yang mampu menghasilkan rekaan alternatif yang boleh memenuhi kehendak pihak tetera. Ini menunjukkan dalam hal pembaziran budget ketenteraan, Amerika Syarikat paling champion! 


Laporan asal Wikipedia

Kacang Walnut Palsu Buatan China



Kacang Walnut Palsu Buatan China |  Sampai ke kacang pun nak di CIPLAKNYA,itulah China yang terkenal dengan kepakaran menciplak, Baca Selanjutnya

Memang macam-macam cerita kat china ni. Bukan setakat gadjet je diorang nak tiru, even kacang walnut pun diorang buat sendiri. 

#Batu walnut!






Apa komen korang dengan kuasa CIPLAK CHINA ni ?

Sekian.

Terima Kasih.

MERCEDES BENZ POD CAR KERETA AMSA DEPAN (6 GAMBAR)

Ini ialah konsep Mercedes Benz Pod Car yang dihasilkan oleh Jason Chen. Beliau menggambarkan masa depan dimana kereta elektrik yang digunakan oleh kita semua akan bersaiz kecil bagi menjimatkan penggunaan tenaga. Cool concept but seriously kereta satu penumpang tak akan laku di Malaysia. 




Laporan asal Design World

BASIKAL DENGAN SISTEM SUSPENSI YANG COOL (11 GAMBAR)

Mountain Biking ialah aktiviti yang gemar lakukan di dalamGrand Theft Auto V. basikal mountain bike memang harus mempunyai sistem suspensi yang tahan lasak. Mountain Bike yang ada sekarang menggunakan sistem suspensi pneumatik yang menghadkan kuasa hentakan maksimum yang boleh diserap.Scurra, sebuah syarikat yang menghasillan mountain bike memperlihatkan Hard Enduro. Basikal ini berbeza dari mountain bike yang biasa anda lihat kerana mempunyai sistem suspensi Trelever yang menurut Scurra mampu menyerap lebih banyak kuasa hentakan. Memang nampak cool sistem suspensi basikal ini. Kalau ada duit Scurra Hard Enduro akan mula dijual Mac hadapan pada harga USD 12 000 (RM 38600) sebuah.




Laporan asal Scurra

RUMAH REHAT DI ATAS PERGUNUNGAN YANG BADASS (15 GAMBAR)

Refuge du Goûter ialah sebuah rumah rehat yang terletak 3835 meterdi atas Mont Blanc. Ianya dibina sebagai tempat penginapan pendaki gunung tertingi yang terletak di Banjaran Alps. Struktur ini mengambil masa 3 tahununtuk dibina dan boleh menempatkan 120 pendaki dan mempunyai keluasan 750 meter persegi. Tenaga elektrik dijana menggunakan panel solar dan kincir udara. Bagi meminumumkan kesan terhadap alam sekitar air diguna semula dan diambil sepenuhnya dari salji yang dicairkan. Selain tempat untuk tidur Refuge du Goûter turut dilengkapi dewan makan. Rekaan berbentuk telur digunakan bagi memastikan rumah rehat ini mampu bertahan dengan tiupa angin yang mampu mencecah 300 kilometer sejamketika musim sejuk. 




Laporan asal DesignBoom

MALAYSIA TEMPAT KE-5 KUAT MAKAN IKAN DI DUNIA




Hasil kajian terkini Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menunjukkan rakyat Malaysia kini muncul sebagai pemakan ikan kelima tertinggi di dunia, selain tertinggi di Asia Tenggara. Selain Malaysia, Iceland, Portugal, Jepun dan Hong Kong turut disenarai lima tertinggi di dunia.

Pengarah Penyelidikan Kesihatan Ikan dan Keselamatan Makanan Jabatan Perikanan Malaysia, Ismail Ishak, berkata ia berdasarkan hasil kajian terkini Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang menunjukkan rakyat negara ini makan 54 kilogram ikan per kapita setahun.


Katanya, jumlah berkenaan dijangka terus meningkat sehingga 55 kilogram menjelang 2020 berbanding hanya 20 kilogram yang dicatatkan pada 1970-an. Rakyat Malaysia suka makan makanan laut. Secara tidak langsung, faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan industri perikanan negara. - via

MASALAH BAU BADAN – LAKUKAN 9 PERKARA INI!



Berpeluh adalah sihat, ia menyejukkan badan anda. Tetapi jika anda pernah berpeluh melalui senaman, cuaca panas atau keadaan tertekan, sekaligus menyebabkan bau badan. Peluh sendiri boleh dikatakan tidak berbau, tetapi apabila ia bercampur dengan bakteria yang hidup pada kulit anda, hasilnya adalah bau badan.

Anda mungkin rasakan ketiak anda yang mengeluarkan bau tetapi kawasan-kawasan lain juga menghasilkan bau seperti kaki anda, peha dan bahagian sulit. Jadi, apa yang perlu anda lakukan bagi mengatasi masalah bau badan, hanya sembur minyak wangi sahaja tidak memadai jika bau badan masih ada lagi, takut nanti bau tengik jadinya. Cuba lakukan 8 perkara ini!

1. Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari – Lebih kerap jika anda berpeluh banyak.

2. Gunakan sabun anti-bakteria - Ini akan membantu menjaga bakteria yang akan mengawal bau.

3. Kering sendiri dengan teliti - Beri perhatian khusus kepada kulit antara jari kaki dan kawasan-kawasan di mana anda berpeluh banyak. Apabila kulit kering, ia lebih sukar untuk bakteria membiak.

4. Mencukur ketiak anda secara berkala – Ini akan membantu menghalang bakteria daripada membina di atas sana.

5. Gunakan deodoran atau antiperspirant - Deodoran adalah berasaskan alkohol dan menutup bau yang disebabkan oleh bakteria. Antiperspirants mengandungi bahan kimia berasaskan aluminium yang boleh mengurangkan peluh.

6. Pakai pakaian yang dibuat dengan gentian asli – Seperti kapas, bulu, sutera, pastikan kulit anda bernafas. Cuba pakai pakaian daripada kain yang berkualiti.

7. Kerap basuh pakaian setiap kali menggunakannya – Terutamanya pakaian senaman anda ataupun ketika cuaca panas, anda cenderung untuk berpeluh, jadi tukar pakaian lebih kerap.

8. Peka dengan kasut dan stokin - Untuk menjaga kaki anda supaya kering, pakai sarung kaki yang diperbuat daripada kelembapan menyerap bahan-bahan seperti kapas dan bulu dan menukar dengan kerap. Untuk membolehkan kaki anda untuk bernafas, pilih kasut yang diperbuat daripada kulit. Jika kaki anda sentiasa berpeluh, cuba tukar kasut dan stokin anda.


9. Perhatikan apa yang anda makan - Kadang-kadang makan makanan pedas atau berlemak boleh menyebabkan bau badan. 

FAKTA - SEJARAH DAN MAKNA LOGO SYARIKAT KENDERAAN TERNAMA DUNIA

Kini anda tahu! Edukesyenel time!




Laporan asal Visually

OMG : [Video] Wanita MALAYSIA "Melekat" Di Wiper Kereta Selepas Kemalangan

OMG : [Video] Wanita MALAYSIA "Melekat" Di Wiper Kereta Selepas Kemalangan


Menurut description pada Youtube, kemalangan ini berlaku di Cheras pada 27 Julai lepas dimana seorang wanita telah melanggar kereta perakam video ini. Namun wanita itu tidak mahu membayar dan tidak mengaku kesalahan beliau. 

Oleh kerana wanita tersebut tidak mahu membayar, perakam video yang dilanggar ini memberitahu akan melaporkan kepada polis namun wanita tersebut tidak membenarkan dan terus memegang wiper depan kereta. Dia tidak mahu melepaskan wiper tersebut dah tidak mahu mengaku kesalahannya. Jom sama2 sama kita saksikan drama menarik ini..

OMG : Datuk Jadi Sensasi Internet Kerana Pakai Pakaian Cucu Perempuan (4 Gambar)

OMG : Datuk Jadi Sensasi Internet Kerana Pakai Pakaian Cucu Perempuan (4 Gambar)

Seorang datuk yang berusia 72 tahun, Liu Xianping telah tolong cucu perempuannyauntuk menjadi model pakaian. Semua pakaian yang Liu pakai adalah dari kedai cucunya sendiri. Setiap gambar modelling Liu yang diambil telah disebarkan luas dalam Weibo dan kini telah menjadi sensasi di internet. Selain itu, sambutan di kedai pakaian cucunya bertambah baik dan diakaun diberikan untuk mereka yang membeli pakaian pilihan Liu.



OMG : Kim Kardashian Dengan Stail Rambut Dan Wajah Terkini (3 Gambar)

Kim Kardashian Dengan Stail Rambut Dan Wajah Terkini.

Adakah dia kelihatan sangat menawan?



WTF : Rambut Artis Kpop Big Bang - G Dragon Yang Pinky Di Paris (8 Gambar)

WTF : Rambut Artis Kpop Big Bang - G Dragon Yang Pinky Di Paris (8 Gambar)

Rambut Artis Kpop Big Bang - G Dragon Yang Pinky Di Paris.

G Dragon telah menukar stail rambut ke warna pinky semasa menyertai Men's Fashion Week di Paris. First time aku kenal dia semasa dia jejak kaki masuk running man.. Oh Running mannnn