Sunday 13 April 2014

VIDEO : Remaja Kurang Ajar Hayun Nenek Tua Untuk Suka-Suka


Polis sedang menyiasat sekumpulan pemuda dalam rakaman video yang kelihatan sedang merangkul seorang wanita tua kemudian memutar keliling sambil berteriak ketakutan.

Video menunjukkan para pemuda berdiri di luar sebuah bar, di desa Jilava, di Ilfov, Romania , yang terletak di ibu kota Bucharest.

Mereka tertawa ketika salah seorang dari mereka memutar seorang nenek yang berada di sebatang jalan, kemudian melepaskan nenek dalam keadaan ketakutan sambil melarikan diri dari kumpulan pemuda tebabit.


Lelaki yang memutar nenek itu kemudian diamati meregangkan otot-ototnya di depan rakan-rakannya setelah melakukan serangan petama kepada wanita tua tersebut.

Kemudian pemuda itu mengulangi serangannya sekali lagi sebelum bergabung kembali dengan rakan-rakannya.

Klip video, yang telah diposkan di Facebook, cepat tersebar di laman media sosial tempatan, di mana ia menarik perhatian polis.

Polis telah mengesahkan mereka mendapat aduan dan sedang menyiasat rakaman untuk melihat sama ada mereka yang terlibat harus dihadapkan atas tuduhan serangan.


Saturday 12 April 2014

MH370 : Fariq buat panggilan sebelum MH370 hilang


SHAH ALAM - Hasil siasatan dari pasukan siasatan telah mendedahkan satu maklumat terbaru berhubung insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh New Straits Times hari ini, pihak berkuasa telah mendedahkan satu maklumat berhubung pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid yang membuat satu panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang pada ketinggian 5,000 kaki semasa melalui Pulau Pinang.

Menurut laporan itu lagi, panggilan telefon tersebut berjaya dilakukan berikutan pesawat tersebut yang terbang cukup rendah sehingga membolehkan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang dibuat.

Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus secara tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan penyiasat masih melakukan siasatan terperinci ke atas maklumat tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan seramai 205 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.

Menurut beliau, pihak polisakan memanggil lebih ramai individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas insiden kehilangan pesawat tersebut.

Sinarharian

21 GAMBAR KOLEKSI KERETA MEWAH MILIK SULTAN JOHOR

Sultan Pembazir !!

Pada tahun yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan pada Proton Suprima S. 

Di sebalik 'keghairahan' Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa itu, pastinya baginda memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik. 

Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record).

Jom tengok kereta-kereta mahal di bawah:






NOTA : KALAU ADMIN KAYA MEMILIKI SELURUH HARTA ALAM PUN, ADMIN TAKKAN BELI SEMUA INI... BAGI ADMIN INI ADALAH PEMBAZIRAN... SEORANG SUTLAN YANG MEMBAZIRKAN HARTANYA TATKALA RAKYAT MASIH RAMAI YANG SENGSARA AMATLAH CELAKA! APA KATA ANDA ?



Spesies Buah Durian Tanpa Duri Yang Jarang Kita Lihat


Inilah dia buah durian tanpa duri, ia dikenali dengan nama Durian gondol, berasal dari daerah Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Keunikan buah ini terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian lain pada umumnya sehingga dapat mempermudah anda untuk mengupas dan memakannya.



Ciri-ciri buah durian tanpa duri aka Durian Gondol:
  • Bentuk buahnya sekilas seperti tempurung kelapa, ukurannya sebesar buah melon dengan berat 800-900 gram. 
  • Buah matang mengeluarkan aroma khas durian. Ini memang durian, tapi tanpa duri. Rasa buahnya enak dan manis dengan kandungan gula 14 -15%.
  • Ketebalan isi buah 0.5 cm seperti isi buah durian tempatan pada umumnya dan berwarna kuning terang. Tanaman ini mampu beradaptasi dengan baik di dataran rendah hingga tinggi.

  • Tanaman durian gondol ini merupakan tanaman durian yang mengalami mutasi bentuk oleh alam sehingga duri-duri di seluruh kulitnya tidak ada.





Story : Ayat al-Quran Perjelas Hukuman Bagi Homoseksual


Sesungguhnya tiada perbezaan dalam kalangan ulama Islam mengenai pengharaman perbuatan homoseksual. Homoseksual ini dimaksudkan sebagai orang yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya, terutama antara dengan lelaki.


Tafsiran ini daripada Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekiranya dilihat kepada tafsiran ini, homoseksual bukan bermaksud hubungan seksual antara lelaki dan lelaki, tetapi, ia hanya merujuk kepada tarikan seksual. Sekiranya mahu dihujahkan, sekiranya tertarik nafsu syahwat... adalah sesuatu yang diharamkan, maka perbuatan seksual itu juga adalah diharamkan.


Ulama sepakat

Ulama menggunakan istilah liwat untuk hubungan seksual antara lelaki dan lelaki dan musahaqah untuk hubungan antara perempuan dan perempuan. Kedua-dua hukumnya adalah haram.

Walaupun berbeza mengenai hukumannya, ulama mencapai kata sepakat tentang haramnya homoseksual secara ijmak iaitu secara persetujuan dalam kalangan ulama Islam. Sebagai sumber hukum Islam, ijmak adalah antara sumber ketiga yang paling tinggi dalam sistem perundangan Islam.

Sekiranya berlaku liwat dalam, majoriti ulama Islam meletakkan hukumannya sama seperti hukuman kepada penzina, kecuali pandangan Imam Abu Hanifah.

Asas kepada hukum pengharaman ini ialah al-Quran dan hadis. Antara ayat al-Quran yang berkaitan ialah, surah al-Araf (7) ayat 80 hingga 84; surah ash-Shuara (26), ayat 165 hingga 174, surah Hudd (11) ayat 80 hingga 81, surah al-Hijr (15), ayat 51 hingga 60. Ayat-ayat suci ini menceritakan mengenai kaum Nabi Lut yang dihukum Allah dengan seksaan dahsyat sehingga mereka dihapuskan dari dunia ini.

Antara ayat suci al-Quran ini menggunakan istilah mujrimin kepada mereka yang tertarik kepada kaum sejenis. Perkataan mujrimin ini ditafsirkan sebagai orang yang berdosa. Dalam konteks undang-undang jenayah perkataan ini boleh ditafsirkan sebagai yang melakukan jenayah kerana kata asal kepada perkataan mujrimin ini ialah jurm iaitu antara perkataan yang ditafsirkan sebagai jenayah. Ada antara ayat suci ini yang menyebut mengenai status homoseksual sebagai orang yang melampaui batas.



Beri penerangan

Selain ayat suci al-Quran, ada juga hadis Rasulullah berkaitan homoseksual dan liwat. Antaranya, terdapat hadis yang menyatakan mereka yang melakukan perbuatan ini dalam kemurkaan Allah.

Walaupun kedudukan ini jelas, banyak perbahasan semasa cuba membawa pandangan baru dalam hal ini. Terdapat pendapat yang menyatakan homoseksual tidak disebut secara harfiah dalam al-Quran. Ini benar kerana perkataan homoseksual itu hanya diperkenalkan pada akhir kurun ke-18.

Walaupun perkataan homoseksual itu tidak disebut dengan nyata di dalam al-Quran, ini tidak bermakna al-Quran tidak mempunyai hukum mengenainya. Ayat suci al-Quran dengan jelas memberikan penerangan mengenai perlakuan tersebut.

Perlu diingat, ada kalanya dalam konteks undang-undang jenayah, sesuatu perbuatan jenayah tidak semestinya mempunyai nama tertentu ada kalanya memadai sekiranya perbuatan itu diperjelaskan menerusi perbuatan.

Jika berlaku pertuduhan, ada kalanya nama diberikan kepada sesuatu kesalahan tidak dapat memberi faham kepada tertuduh, maka cara perlakuan jenayah lebih penting daripada nama kesalahan itu.



Beri peringatan

Ada juga penyokong homoseksual yang menyatakan hukuman homoseksual adalah hanya kecenderungan ulama. Pendapat ini tidak benar. Jika dilihat ayat al-Quran di atas, hukuman yang dinyatakan dalam al-Quran itu begitu terperinci. Ia bukan kecenderungan ulama. Ia adalah peringatan yang jelas.

Dengan perincian mengenai seksaan dihadapi kaum Lut itu, ia menjadikan perbuatan mereka (kaum Lut) itu boleh dijadikan satu jenayah yang dihukum di dunia ini sebagai peringatan dan pengajaran.

Sesungguhnya, seksaan Allah itu benar. Sama-samalah kita berpesan-pesan mengenai seksaan Allah, semoga kita dapat menegakkan hukum Allah dan dapat menyelamatkan orang Islam daripada seksaan Allah yang benar dan dahsyat itu.


sumber: bharian.com.my