Saturday 29 March 2014

[Panas!!!] Penumpang MH370 meminta pertolongan dari kepulauan Diego Garcia

[Panas!!!] Penumpang MH370 meminta pertolongan dari kepulauan Diego Garcia


Seorang penumpang dari penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang telah berjaya memberitahu kedudukan semasanya ketika ini.Lelaki tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Philip Woods di sebuah forum juga telah berjaya memuatnaik gambar profile yang kelihatan gelap .Setelah di selidik,gambar tersebut dimuat naik dari kepulauan Diego Garcia!

Hal ini menggemparkan pengguna forum yang membacanya dan sedang viral di internet.Nampaknya 'Teori Diego Garcia' yang diperkatakan beberapa blogger Malaysia dan antarabangsa seperti ada benarnya.
Status Philip Wood di forum tersebut
"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. "



Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg


Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat : 


Camera: Apple iPhone 5

Date: March 18, 2014 8:49:41PM

Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East

( -7.316197, 72.426544 )





Hal ini bertepatan dengan yang dilihat oleh beberapa saksi di Pulau Maldives.Mereka melihat satu pesawat besar terbang rendah menuju ke arah pulau Diego Garcia pada 8 Mac yang lalu.


Di akhir post tersebut ada yang menarik diperkatakan
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "

Admin juga telah meneliti gambarnya dan hasilnya memang benar seperti yang didakwa lelaki tersebut

Tarikh gambar diambil
Koordinat gambar diambil

Smartphone yang digunakan Philip Woods


Dan bila dimasukkan koordinat tersebut pada Google Maps inilah hasilnya


Philip Wood tersenarai dalam senarai penumpang MH370


Link Senarai Penumpang : Malaysia Airlines MH370 Passenger List


Monday 24 March 2014

Pesawat MH370 disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi





Pesawat MH370 disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi  


"Bila tenggelam tak ramai yang mati, bila timbul ramai yang mati"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berita sedih buat seluruh Rakyat Malaysia.

Pada malam ini, Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan satu berita sedih terbaru kepada dunia, MH370 telahpun disahkan lokasi terakhirnya berada di Lautan Hindia. Apapun, kita harus menunggu jawapan lebih jelas pada esok petang sekitar jam 5.30 petang. Nantikan sidang media di kaca TV anda esok petang.

Berikut, point penting daripada ucapan yang telah disampaikan oleh Dato Seri Najib Tun Razak yang telah membuat satu sidang media tergempar baru sahaja sebentar tadi pada 9.50 malam, di PWTC.
Dato Seri Najib Tun Razak, LIVE dari PWTC.
Point Penting.
1. Lokasi terakhir MH370 berada disahkan adalah di Lautan Hindi.
2. Press conference lebih details pada esok hari, jam 5.30 petang.
3. MAS telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian ini.
4. Kepada pihak media haruslah memberi ruang kepada keluarga mangsa pada masa ini agar tidak mengganggu mereka.
--------------------
Sidang media tamat.
DSN tidak mampu memberi jawapan pada malam ini. Kita harus menanti esok petang....


InsyaALLAH, nantikan lebih banyak berita yang akan menggemparkan anda semua pada esok hari. Kami di Dramaraja akan sentiasa memberikan berita dan penjelasan kepada anda semua.

Bersiap sedialah ke atas sebarang kemungkinan.

Episod MH370 sudah hampir berakhir. Namun, siri seterusnya akan terus dimainkan.

Bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang tenang.

Bacalah kembali kesemua ratusan point yang telah saya hidangkan kepada anda sebelum ini.

Bukan sekarang masa untuk kita mempertikaikan siapa salah siapa benar, tetapi sekaranglah masanya untuk kita muhasabah mengenai masa depan kita pada hari mendatang.

Ketahuilah, sesungguhnya perang dunia sudah semakin hampir di selekohnya.

Pihak kerajaan Isreal telahpun menarik kesemua kedutaan mereka di seluruh dunia untuk pulang. Mereka sudah punya satu rancangan baru yang lebih licik dan unik.

Nantikan sahaja, dan JANGAN sesekali putus berdoa agar kita dijauhkan daripada fitnah akhir zaman.

InsyaALLAH, amiin...

Sekian.

Saturday 22 March 2014

Madonna Tayang Bulu Ketiak Di Instagram




Madonna Tayang Bulu Ketiak Di Instagram | Tidak manis sekiranya seorang wanita berbulu ketiak lebat.  Mungkin mereka terlupa untuk mencukurnya atau pun memang sengaja mahu menarik perhatian sesetengah pihak.

Seperti mana yang dilakukan penyanyi Madonna, yang dilihat tidak mempedulikan perkara tersebut apabila dengan selambanya menayangkan bulu ketiaknya di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Dengan keterangan gambar, “long hair…Don’t Care!!!”, penyanyi Like A Virgin itu kelihatan seksi dengan hanya menggayakan bra berwarna hitam bersama ‘bow tie’ dari rona yang sama.


Sebelum ini, pelakon Julia Roberts juga pernah membuat tindakan yang serupa ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Nothing Hill pada 1999.


Nota : Macam-macam TREND baru yang dibawa , dalam Kesempatan ini Admin tidak lupa untuk Mendoakan MH370,  apa komen anda tentang trend TAYANG BULU KETIAK?

SEKIAN



Rihana Pun Masuk Kokpit…Apa Yang Dikecohkan Secara Keterlaluan?




Rihana Pun Masuk Kokpit…Apa Yang Dikecohkan Secara Keterlaluan? | Seminggu lalu, gambar pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid dengan beberapa wanita (yang diambil beberapa tahun lalu) disiarkan  Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia.
Sejak pada itu, media barat seperti CNN tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan semua juruterbang Malaysia adalah playboy atau jenis yang tidak bertanggungjawab.
Mat Salleh ni pantang dapat ruang nak menjatuhkan imej orang Asia… memang tak nak lepas punya.
Namun, hakikatnya, juruterbang mereka pun sama jugak… benarkan orang awam masuk kokpit…siapa pakai baju tidur lepak dalam kokpit pun ada.




Mungkin tindakan Fariq tidak betul… namun banyak lagi juruterbang serata dunia yang buat benda yang sama… 
NOTA : tak perlulah ia diperbesarkan sehingga hendak mencerminkan kesemua juruterbang Malaysia bermasalah.
Betul tak? Apa Komen anda ?

SEKIAN

Sellofies: Trend Terbaru Gaya Selfie




Sellofies: Trend Terbaru Gaya Selfie | Jika dahulu trend selfie atau mengambil gambar bahagian muka menjadi trend serta kegilaan di kalangan penggemar laman sosial Instagram.
Sekarang muncul kegilaan terbaharu, di mana trend ‘sellofies’ iaitu mengambil gambar sambil memakai sellotape menjadi ikutan banyak pihak di luar sana.
Individu yang mengikut trend ini sanggup bersusah payah membalut wajah mereka dengan sellotape sehinggakan wajah mereka kelihatan hodoh namun tidak kurang juga ada yang melucukan.
Di bawah ini merupakan gambar sebahagian individu yang sudah mula ketagih dengan trend terbaharu ini.
Mungkinkah sellofies bakal menjadi trend bagi penggemar Instagram di Malaysia? 




NOTA : Nantikan versi Malaysia di Instagram...TAK LAMA LAGi...MALAYSIAN ooh MALAYSIAN. AP KOMEN ANDA ?


SEKIAN

Gambar bayi lelaki Jue Aziz yang comel dan tembam




Gambar bayi lelaki Jue Aziz yang comel dan tembam - Kali terakhir nama Jue Aziz menjadi bualan hangat peminat ialah ketika beliau dikaitkan bercinta dengan bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zaquan beberapa bulan lalu, namun kontroversi itu terus reda tanpa berita kerana wanita sebenar yang dikaitkan dengan Aidil ialah Zarema Zainal.

Terbaru, pelakon jelita ini kembali menjadi bahan cerita peminat di laman sosial selepas Jue dilihat begitu aktif berkongsi gambar-gambar bersama seorang bayi lelaki yang comel dan tembam menerusi akaun Instagram peribadinya.

Bayi berkenaan yang dinamakan sebagai Darwish menimbulkan spekulasi tentang status terkini Jue Aziz samada sudah berkahwin atau masih membujang. Apapun, jangan terkejut dan jangan risau kerana pelakon ini memang masih single, cuma kini dia telah mengambil anak angkat dari sebuah keluarga.

Lega hati penulis selepas mendapat tahu Jue Aziz masih belum berkahwin dan masihsingle. Sekurang-kurangnya, peluang masih terbuka untuk memikatnya.

Bagi mana-mana jejaka yang turut sama menaruh hati pada wanita cantik ini, jangan bimbang dan takut untuk bersaing dengan penulis. Apapun, mari layan beberapa keping gambar Jue Aziz bersama anak lelaki angkatnya.











Nampak Duit RM50 Atas Jalan, Nak Kutip Atau Tidak ?

GG! 


Genius Guys! ....... SUPER GENIUS AH LONG





SEKIAN


Gambar dan punca Lamborghini hancur kemalangan di Gua Musang


Gambar dan punca Lamborghini hancur kemalangan di Gua Musang - Sebuah kereta mewah, Lamborghini Gallardo hancur dan remuk selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Gua Musang, Kuala Krai menuju ke Kuala Lumpur.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada cubaan kereta berkenaan memotong sebuah kereta di hadapannya ketika berlumba dengan seorang lagi rakan namun gagal sebelum merempuh sebuah teksi dari arah bertentangan.

Kemalangan itu turut melibatkan dua lagi kereta lain dan sebuah lori treler. Berikut ialah lima lagi keping gambar sekitar kawasan kemalangan itu berlaku.




NOTA : Hati-hati dijalan raya. sayangi  Nyawa dan KERETA MEWAH