Friday 7 March 2014

AWANI - Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan (VIDEO)






Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan | admin baru sahaja dapat info terbaru berkaitan Pesawat MAS yang terhempas.

AWANI - Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan


KUALA LUMPUR
: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 08, 2014 12:59 (MYT)
Tag: MAS, MH370, Kuala Lumpur, Beijing, pesawat, terhempas

VIDEO

AWANI

Al-Fatihah
SEKIAN

6 comments:

  1. Inna Lillah wa inna ilaihi roji'un...
    andai benar berita ini..

    ReplyDelete
  2. tipu semata mata

    ReplyDelete
  3. Fuck fuck fuck..mcm sial..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat mana berita ni. kat web MAS takde pun

      Delete
  4. mcm lain je pswat ni.. jgan lah mmbuat andaian seolah2 kamu seorg pilot.. semua tu rahsia Allah.. kita hanya berdoa yg terbaik.. jgn lupa Yang Maha Kuasa.. jika Allah mahukan tiada yg mustahil dgn kun fayakun.

    ReplyDelete