Saturday 8 March 2014

Kenapa Tiada Pengumuman Awal Daripada MAS ?


Kenapa Tiada Pengumuman Awal Daripada MAS ? | TERGEMPAR ! Okay, inilah dia sebab dan punca kenapa tiada pengumuman awal oleh Malaysian Airlines (MAS)... jom baca.....

Kenapa Tiada Pengumuman Awal Daripada MAS ?


SEPANG  — Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengikut setiap prosedur operasi standard (SOP) dalam misi menyelamat pesawat MAS, MH370 yang dipercayai hilang di perairan Laut China Selatan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan isyarat pesawat itu pada 1.30 pagi dan berusaha mengesan semula kedudukan pesawat berkenaan.
Pihaknya juga mendapatkan bantuan dari Vietnam dan Singapura untuk mengesan kedudukan pesawat itu.
“Kami menghubungi MAS pada 1.30 pagi untuk memaklumkan pesawat itu hilang daripada radar.
“Kami mengaktifkan pusat mencari dan menyelamat pada 5.30 pagi kerana kami perlu mengumpulkan semua maklumat dan bantuan daripada negara jiran dan kami menggerakkan agensi bantuan sebaik hari siang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Hotel Sama Sama di sini.
Azharuddin berkata komunikasi terakhir pesawat itu dikesan ketika berhubung untuk memasuki menara kawalan udara, bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebelum hilang.
Sementara itu mengenai perkembangan terkini operasi, Azharudin berkata operasi menyelamat dibuat di kawasan pesawat itu dilaporkan hilang dan pihaknya atau pihak penyelamat Vietnam masih tidak menemui sebarang kesan pesawat terhempas.

Sumber berita daripada BERNAMA.

Baca lagi.....


http://storysket.blogspot.com/2014/03/petanda-pertama-kehilangan-pesawat.html

http://storysket.blogspot.com/2014/03/kenapa-pesawat-mh307-hilang-secara-tiba.html

http://storysket.blogspot.com/2014/03/awani-pesawat-mas-yang-hilang-terhempas.html

No comments:

Post a Comment