Saturday 8 March 2014

Petanda Pertama Kehilangan Pesawat Tersebut Berjaya Di Kesan


Petanda Pertama Kehilangan Pesawat Tersebut Berjaya Di Kesan | Mungkin media tempatan lambat nak bg tahu info ini. Terbaru dari tentera Vietnam yang mengatakan bahawa ada ternampak kesan tumpahan minyak yang berlaku di laut tersebut. Baca selanjutnya

Petanda Pertama Kehilangan Pesawat Tersebut Berjaya Di Kesan

Pesawat Tentera Udara Vietnam di khabarkan telah berjaya mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS dilaporkan hilang awal pagi tadi, Berikut merupakan petanda pertama pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikhabarkan terhempas

Pesawat Tentera Udara Vietnam itu adalah sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. 


Kenyataan kerajaan Vietnam menjelaskan tumpahan minyak itu dikesan lewat petang tadi di perairan di selatan Vietnam dengan masing-masing antara 10 dan 15 kilometer panjang. 


Tiada pengesahan dari pihak MAS bahawa tumpahan minyak itu mempunyai  kaitan dengan pesawat yang hilang itu tetapi selari dengan corak yang akan dihasilkan oleh dua tangki minyak pesawat yang terhempas tersebut

Nota : Setakat ini admin tidak tahu nak komen apalah tentang berita gempar ini. Info dari media massa tempatan juga tidak dapat mengesan lagi pesawat tersebut. tetapi media luar dah kata ia terhempas di laut vietnam sana. Tak tahu admin nak beri pandangan apa. Pada pendapat korang lah, Adakah semua penumpang masih selamat ? Minta pendapat siket. Sila berikan komen yang bernas ya

5 comments:

  1. Entahlah.. Mcm2 spekulasi yg timbul skrg ni.. Tp yg pnting, kita tgu je perkembangan n kesasihan dr pihak MAS.. Tu lbih elok wlupun mgkin apa yg kita dgr skrg ni btul bhwa pesawat trsbut trhempas.. Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Kesia ko admin x de org nk komen.syok sendiri.wakkkaka.

    ReplyDelete
  3. InshaAllah..mreka smua slamt..same2 la kte brdoa ye..

    ReplyDelete
  4. Selamat. 2 org pencuri pasport berjaya melarikan diri...

    ReplyDelete
  5. Admin ngan kerajaan Vietnam x de beza... apa je nampak terus cakap dah jumpa... dah dikenal pasti... bile kene sound baru la nak hati2...

    ReplyDelete