Tuesday 4 March 2014

Mesyuarat Askar Pegasus di KLCC


PEGASUS ATAS KLCC | Ini ada sebuah kisah menarik oleh Shah Paskal. Artikel berkenaan Pegasus. Sebuah badan intelijen luar negara yang bermesyuarat di KLCC. Apa benda la dorang buat dalam KLCC tu kan? Jom kita terjah !

PEGASUS ATAS KLCC, SPT YANG DICERITAKAN KEPADA SHAHPASKAL


1. Satu malam sekitar tahun 2011, saya telah bertemu dengan keluarga pewaris kepada amalan selimpang merah yang pernah diturunkan untuk orang Melayu ketika berjuang menentang komunis tahun 1946 dahulu iaitu semasa terjadi kekosongan kuasa sebaik sahaja Jepun menyerah.

2. Bersama dalam kumpulan itu ialah seorang Military Intelligence Officer (MIO) yang duduk dalam kumpulan persilatan.

3. Beliau mengaku pernah melihat kuda-kuda terbang dalam tujuh ekor semuanya dalam pelbagai warna seperti hitam, putih dan coklat bermain di atas langit KLCC (CUBA RECALL BALIK CERITA PASAL TUJUH PUTERI BERMAIN DI LANGIT DALAM BAHAGIAN 1 SEBELUM INI).

4. Kalau hendak lihat, dia suruh saya bawa teropong dan tunggu pada setiap malam Jumaat antara jam 11 hingga 1 pagi.

5. Katanya, kuda-kuda terbang itu sangat cantik dan bukan beliau sahaja pernah menyaksikan malah rakan-rakannya yang terlibat dalam persilatan juga pernah melihat mereka bermain di lokasi langit yang saya.

6. Saya agak skeptik dengan apa yang beliau cerita tetapi katanya : "Kalau Shahpaskal tidak percaya, saya boleh bawa dua tiga saksi yang pernah melihat kuda tersebut tersebut".

7. Tidak ada ayat yang mampu saya balas kecuali mendiamkan diri, saya tidak tolak atau memperlekehkan maklumat tersebut tetapi saya "STORE" dalam memori saya dan saya akan "recall" kembali kerana pada pengalaman saya, banyak maklumat yang saya ketawakan akhirnya terbukti genuine.

8. Semalam saya dah cerita versi naga ikut apa yang saya tahu.

9. Sekitar tahun 2009, saya dan kawan saya telah pergi ke hutan sekitar Jelebu untuk mencari kepala keretapi Jepun. Saya percaya landasan kereta itu akan membawa saya ke tempat yang cuba dirahsiakan oleh pihak Jepun.

10. Ceritanya seorang pakcik yang berusia sekitar 80an ke 90an pernah ditemui oleh kakitangan dari TV NHK Jepun yang sanggup membayar sekitar RM20,000 untuk mencari kembali landasan yang dibinanya itu.

11. Orang Asli yang kami temui memberitahu saya, "Encik tidak payahlah masuk hutan situ. Ada puaka macam biawak ke naga. Air liurnya kalau kena tangan, tinggal tulang".

12. Saya gelak-gelak dalam hati, "Dah macam cerita Alienlah pulak hahaha"

13. Saya tidak percaya langsung dengan apa yang orang asli itu cakap sehinggalah saya bertemu dengan seorang lelaki berusia 50an yang saya panggil "Brother Kid" sekitar tahun 2013.

14. Brother Kid ini pernah tinggal di hutan sekitar Gua Musang selama 6 bulan...dia pernah terserampak dengan badak air dan harimau pra sejarah yang besar badannya dan taringnya pun besar.

16. Sewaktu kecil, dia pernah menyaksikan bagaimana ada semacam makhluk (bukan manusia) menggunakan pelita dan mengangkut satu peti yang dipercayai harta karun dari satu gua dekat pantai Pahang dan terus masuk ke dalam laut.

17.Bagaimanapun Brother Kid ini sangat perahsia dan saya difahamkan, dia pernah bekerja dengan Tun Mahathir, sampai sekarang saya gagal mengorek identiti lelaki ini yang mana kalau kita perhatikan watak dia macam Hero Pirates of Carribean, suka memakai cincin-cincin permata dan rantai serta loket, sekarang menetak di Gombak.

18. Oleh kerana hendak korek maklumat, saya selalulah membeli akar kayu dari Brother Kid ini dengan harga RM100 (tiga kali beli dah RM300, memang kopak duit saya...apapun saya sental jugalah air akar kayu yang pahit lagi payau itu untuk memaksimumkan pelaburan).

19.Satu hari, Brother Kid bertanya kepada saya : "Engkau minat masuk hutan kan? Kau kalau pergi ke tempat-tempat yang pelik, kau kena hati-hati dengan satu binatang mcm naga".

20.Naga ini kalau waktu siang dia duduk tidur di sebalik bukit, kalau waktu malam, dia akan tidur dalam gua.

21.Saya sudah lupa deskripsi yang diberikan oleh Brother Kid ini tentang haiwan yang dipanggil naga itu tetapi katanya, ekornya berduri, badan lebih besar dari singa dan rahangnya sangat kuat sampai harimau pun menjadi santapannya.

22.Naga versi Brother Kid ini turut menyemburkan air liur berasid dan terpancar api, matanya merah, kulit keras dan pergerakkan sangat pantas.

23.Saya berkata dalam hati, "Aikkk...macam pernah dengar je" (INGATAN SAYA KEMBALI KEPADA AMARAN ORANG ASLI DI JELEBU DAHULU) dan saya tanya lagi, : "Bagaimana hendak menumpaskan haiwan ini?".

24.Dia kata, parang kontot dan berkarat yang saya selalu bawa itu tidak akan mampu menakutkan binatang itu, katanya....dia suruh saya buat tombak.

25.Cuma dia berdiam diri apabila saya tanya sama ada haiwan ini dari alam ghaib atau alam nyata.

SAMBUNGAN AKAN DATANG....UKURAN NAGA



Artikel dipetik daripada Shah Paskal.

No comments:

Post a Comment