Saturday 22 March 2014

Gambar bayi lelaki Jue Aziz yang comel dan tembam




Gambar bayi lelaki Jue Aziz yang comel dan tembam - Kali terakhir nama Jue Aziz menjadi bualan hangat peminat ialah ketika beliau dikaitkan bercinta dengan bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zaquan beberapa bulan lalu, namun kontroversi itu terus reda tanpa berita kerana wanita sebenar yang dikaitkan dengan Aidil ialah Zarema Zainal.

Terbaru, pelakon jelita ini kembali menjadi bahan cerita peminat di laman sosial selepas Jue dilihat begitu aktif berkongsi gambar-gambar bersama seorang bayi lelaki yang comel dan tembam menerusi akaun Instagram peribadinya.

Bayi berkenaan yang dinamakan sebagai Darwish menimbulkan spekulasi tentang status terkini Jue Aziz samada sudah berkahwin atau masih membujang. Apapun, jangan terkejut dan jangan risau kerana pelakon ini memang masih single, cuma kini dia telah mengambil anak angkat dari sebuah keluarga.

Lega hati penulis selepas mendapat tahu Jue Aziz masih belum berkahwin dan masihsingle. Sekurang-kurangnya, peluang masih terbuka untuk memikatnya.

Bagi mana-mana jejaka yang turut sama menaruh hati pada wanita cantik ini, jangan bimbang dan takut untuk bersaing dengan penulis. Apapun, mari layan beberapa keping gambar Jue Aziz bersama anak lelaki angkatnya.











No comments:

Post a Comment