Monday 7 April 2014

Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 Kepada Anaknya Cemerlang SPM



Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 Kepada Anaknya Cemerlang SPMAdmin ketika SPM dulu, satu A dapatlah RM50. Itu pun dah bersyukur sangat-sangat. Membaca berita anak Rozita Che Wan bakal dihadiahkan BMW X6 oleh ibunya kerana keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini, Admin turut tumpang gembira. Memang sesuai sangatlah dengan kemampuan Che Ta. Untuk usaha keras dan kejayaan si anak, apalah sangat BMW X6 tue kan?


Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 Kepada Anaknya 

Cemerlang SPM


BMW X6 merupakan hadiah paling 'cool' apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beruntung sungguh Ammar Effendy kerana usaha kerasnya mengulang kaji pelajaran hingga memperoleh keputusan cemerlang membolehkan dia memiliki kereta sport yang menjadi idaman ramai lelaki.

Ibunya, pelakon jelita, Rozita Che Wan, nampaknya tidak sabar-sabar lagi mahu melunaskan hajat anak lelaki kesayangannya itu.

Bercakap kepada media, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, anaknya itu perlu menunggu dia dan suaminya, Zain Saidin menguruskan pembelian kereta baru untuk keluarga itu.

Che Ta dan suami merancang membeli kereta baru yang lebih besar memandangkan dia kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah.

Kereta yang menjadi idaman kalbu buat Ammar ialah kereta BMW X6. Memang terbaik taste Ammar ni.



Fuh ! memang untunglah anak Rozita Che Wan ni. Kalau ikutkan harga baru atas jalan termasuk insuran pasaran BMW jenis sport ni hampir RM600,000 (600 ribu ringgit). Setengah juta kau. Kalau kat Mudah.my tengok harga, range harga tu dalam 300 ribu - 600 ribu ni. Wow !!









No comments:

Post a Comment