Saturday 12 April 2014

Pernahkah anda terfikir siapakah yang menjadi majikan atau syarikat manakah yang mempunyai jumlah pekerja terbesar di dunia?





Tempat kelima teratas dimiliki oleh NHS National Health Service di England, dengan 1.7 juta pekerja di seluruh England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.

McDonald berada di kedudukan keempat, dengan 1.9 juta pekerja. Walau bagaimanapun, 80% daripada rangkaian restorennya bersifat francais, jadi 1.5 juta orang-orang ini bekerja dengan syarikat-syarikat lain (yang mempunyai lesen francais McD), walaupun mereka semua memakai pakaian seragam yang sama.

Ketiga adalah rantaian pasar raya Walmart di US, yang menggaji 2.1 juta kakitangan - termasuk hampir 200,000 yang bekerja untuk rantaian pasar raya Asda di UK.

Tempat kedua jatuh kepada tentera China - Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) - dengan kekuatan sebanyak 2.3 juta orang.

Dan tempat teratas dimiliki oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dengan tenaga kerja sebanyak 3.2 juta orang.



No comments:

Post a Comment