Friday 21 February 2014

Artis Akedemi Fantasia Mencuri basikal ?

StorySket pasala seorang artis kelahiran Akademi Fantasia 2013 dan 3 rakannya yang lain ditangkap ketika cuba menjual basikal curi bernilai RM14,000 sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas.

Dimaklumkan bekas pelajar Akademi Fantasia ini dan rakannya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut pihak berkuasa.


Apapun kita berharap tiada sebarang spekulasi yang tidak perlu kerana hal ini masih dalam siasatan dan mengikut maklumat lain yang kami terima, ada kemungkinan selebriti ini terperangkap.
KEMASKINI: Selepas tersebarnya gambar dan berita ini di media, kami menerima satu email yang memberikan penjelasan berikut;
PAKATAN MENJATUHKAN SUHADA
Harap maklum kes ini masih dalam penyiasatan dan sebarang komen negatif yang tidak berasas akan direkodkan untuk tindakan. Untuk makluman Suhada Af2013 menjadi mangsa keadaan apabila berada bersama dengan suspek utama iaitu DALANG disebalik kejadian ini yang bernama “BOY KATAK” yang mana mempunyai lebih drpd 4 rekod tangkapan polis.
“BOY KATAK” telah memerangkap dan memperguna Suhada atas sebab dan motif tertentu,yang mana pada awal tahun lepas abang kpd suhada membuat laporan polis terhadap “Boy Katak” kerana mencuri dan membawa lari kereta abg.suhada. dan laporan kali ke dua terhadap “boy katak” kerana membuat kacau dihadapan rumah dibawah pengaruh dadah. Tuduhan terhadap basikal tersebut adalah tidak benar kerana suhada mampu membeli basikal tersebut dgn harga 10 kali ganda.
Sebelum ini “BOY KATAK” telah ditahan atas tuduhan melarikan wang,syabu,curi kereta dan berkerja dgn along. Kepada sesiapa yg tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kejadian ini diharap tidak tuduh meluluh dan panel peguam telah diambil bagi pihak suhada. sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT melindungi suhada. #metro #ohartis

No comments:

Post a Comment