Raja bomoh dakwa pesawat MH370 'tergantung'
antara tiga negara
Raja bomoh dakwa pesawat MH370 'tergantung' antara tiga negara
SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar
seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.
"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.
"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.
Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.
Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.
"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.
"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.
Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.
Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.
Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.
Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
Ihsan Akhbar Tempatan
SEKIAN , Gua Story je ....
eh tak abis ke minyak kapal terbang tu? kalau asik bergantung kat atas?
ReplyDeleteIto le psl nye..tok suro la die owg turon
DeleteNak main-main lagi dgn kuasa Allah SWT....Subhanallah..
Deleteheheheheheheheheheehehheeeeeeeeeeee
DeleteDlm alam ni, bukan manusia sj yang hidup, AlQuran pon dah nyatakan, da makhluk lain selain manusia.
DeleteHmmm,,bergantung kat atas jeke..npa xtrun2..-_-'
ReplyDeletetergantung antara 3negara? musykil juga.. malaysia china dan amerika??
ReplyDeletecm 2 ke....
ReplyDeleteXhensem pon rupe die..
ReplyDeletexterrer ah tu..
dah tau tergantung...bwk turun laa. teropong apa lagi.
ReplyDeletesuru diorg balik cpt.. dah ramai risau ne.. huhu
ReplyDeletebrp ari bulan die buat upecare nie??
ReplyDeletekadang2 aku bace komen2 org2 yg suke bt lawak yg tak kene tempat..seperti yg ade ni...
ReplyDeletemcm tak percaya alam ghaib plak..korg ingat benda2 mcm tu nk proces mcm pilih durian ke?
setuju bro.. budak2 mmg mcm ni..
Deletesama hebat ilmu dgn arwah sudin.. start moto tersangkut atas bumbung...
ReplyDeletesuper cool pak cik ni!!!
ReplyDeleteSeriously???!!!! Ini mesti teropong dia curi dari Laksamana DoReMi!!!
ReplyDeletemalaysia oh malaysia...teropong oh teropong...
ReplyDeleteni kes snagkut kt dahan pokok kot..sbab 2 tgntung..
ReplyDeleteIni lah org muda zaman sekarang.. lebih yakin dgn teknologi.. teknologi moden dan lama saling berkait rapat, apatah lagi jika cara mcm ni menggunakan ayat2 al-quran.. seperti SKYLAB yang telah banyak membantu mencari serta membebaskan kapal terbang & helikopter yang hilang dan tidak dapat dijumpai dgn teknologi moden.. hanya berbekalkan usaha dan Kalam Allah..
ReplyDeletehai teropong hikmah.ko tunjukkan lah aku negara pasir bedengun..
ReplyDeleteBOMOH SEMUANYA PENDUSTA DAN JUGA PEMBOHONG FAHAM?!!!!!!
ReplyDeleteIngat senang ke main suruh turun cepat2..kalau dah nama alam ghaib, mestilah yg tinggal bukan manusia. Mestilah yg menetap itu drpd golongan jin..wahai manusia zaman sekarang, alam Allah bukan meliputi langit dan bumi sahaja, tetapi kesemuanya..termasuk lah di antara kedua duanya..tiada yg mustahil di sisi Allah.. Allahu Ala kulli syain qodir..
ReplyDeleteboleh caye ke bomoh tu?
ReplyDelete